February 7

Harian Metro: Beg sebagai Sumber Pendapatan

1  comments

Selepas 13 tahun berada dalam dunia perniagaan teknologi maklumat, akhirnya syarikat milik wanita ini terpaksa ditutup. Ketika itu, Salena Ahmad baru setahun bergelar ibu tunggal dan perlu memikirkan jalan mencari pendapatan bagi membesarkan dua anak lelakinya.

Tatkala tidak memiliki punca pendapatan, wanita berhati cekal ini aktif mengikuti pelbagai aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di samping menghadiri kursus jahitan beg daripada bahan terpakai seperti kain denim bagi menambah kemahiran.

Terdetik di hatinya untuk memulakan perniagaan jahitan beg namun ia memerlukan modal dan rakan yang boleh bekerjasama menjayakan usaha berkenaan.

“Pada saat itu, saya terfikir mengapa tidak saya membantu ibu tunggal untuk menjana pendapatan sampingan dengan perniagaan beg berkenaan? Lantas saya mencari ibu tunggal yang berada dalam komuniti sendiri sekitar Kapar dan Meru, Klang terutama dalam kalangan mereka yang mahir.

“Antara ibu tunggal yang diberi perhatian ialah individu bekerja dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan ibu tunggal tidak bekerja namun memerlukan sumber pendapatan untuk membesarkan anak,” katanya.

Kempen dari mulut ke mulut dilakukan dan akhirnya syarikat perusahaan sosial, Suri Inspirasi Sdn Bhd ditubuhkan pada September 2016.

Operasi perniagaan berkenaan membantu menyelesaikan isu sosial terutama dalam usaha membantu mengurangkan kemiskinan ibu tunggal, menjana pendapatan, membekalkan mereka dengan kemahiran menjahit dan membangunkan produk kraftangan daripada seluar denim kitar semula.

Sedikit sebanyak, usaha berkenaan membantu mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan menggalakkan kempen kitar semula dilakukan. Baca seterusnya..


Tags


You may also like

25 Amazing Womens – Marie Claire

25 Amazing Womens – Marie Claire

HLB Jump Start

HLB Jump Start
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

  1. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Maaf mengganggu, saya Nur Shahirah Hazlin Bt A Halim iaitu wakil dari Q-Plex Communication Sdn. Bhd.
    Untuk makluman tuan/puan, pihak kami kini sedang membuat rakaman Dokumentari _Seteguh Hati Seulas kasih_. Oleh itu, pihak kami sedang mencari ibu-ibu tunggal (kematian suami) namun atas keteguhan dan kesabaran, mereka telah berjaya dalam hidup dan dapat membesarkan anak- anak melalui sumber rezeki perniagaan kecil-kecilan atau perindustrian kecil sederhana. Justeru itu, seandainya tuan/puan mengetahui sebarang maklumat mengenai ibu tunggal seperti berikut bolehlah menghubungi saya ditalian 018-2914784
    Terima Kasih atas bantuan.
    Yang Benar,
    NUR SHAHIRAH HAZLIN BINTI A.HALIM

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Support Us to Help More Single Mothers